Polisi dan keahlian Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa

Sara Kershnar[2] dan beberapa orang lain mengasaskan Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa pada tahun 2008.

IJAN memandang Zionisme sebagai gerakan perkauman, dan Israel sebagai negara aparteid. Piagam organisasi tersebut menyatakan "[k]ami ialah rangkaian antarabangsa Yahudi yang komited tanpa kompromi dalam perjuangan untuk pembebasan manusia, di mana pembebasan rakyat dan tanah Palestin ialah bahagian yang sangat diperlukan. Komitmen kami adalah untuk memusnahkan aparteid Israel, mengembalikan pelarian Palestin, dan menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin yang bersejarah."[1] Ia menyeru pembebasan tanpa syarat semua tahanan Palestin di Israel. Kumpulan tersebut juga menentang peperangan di Iraq dan Afghanistan, kapitalisme, dan Islamophobia.

Ahli terkemuka IJAN termasuklah giatwan feminis Selma James dan mendiang mangsa terselamat Holocaust Hajo Meyer. Ia terdiri daripada kumpulan di Amerika Syarikat,[3] Kanada, India, Argentina, dan beberapa negara Eropah.[4]

Rujukan

WikiPedia: Rangkaian Anti-Zionis Yahudi Antarabangsa http://www.heraldscotland.com/news/politics/auschw... http://www.jewishjournal.com/community/article/pro... http://www.jpost.com/International/Article.aspx?id... http://www.jpost.com/JewishWorld/JewishNews/Articl... http://special.registerguard.com/csp/cms/sites/web... http://www.washingtonexaminer.com/student-anti-zio... http://www.indymedia.ie/article/95644 http://www.crescent-online.net/2012/11/canadian-je... http://www.adl.org/main_Anti_Israel/top_ten_anti_i... http://www.ijan.org/